BLOG

Monday, 28 July 2014

PASA TAPOK NANG HAPPENING!



Syukur event Pasa Tapok yang berlangsung selama tiga iaitu pada 24-26 Julai di Emillies Diner, Kuching -- sangat awesome dan happening.

Kami daripada Halimunan™ sangat berpuas hati dengan mutu penganjuran event ni. Layanan yang sangat bagus daripada pihak penganjur terhadap vendor-vendor membuatkan perjalanan program berlansung dengan lancar.

Kehadiran para pengunjung memang diluar jangkaan. Kami di booth Halimunan™  sendiri dikunjungi begitu ramai para peminat pakaian lokal. Sehinggakan banyak koleksi baju rekaan Halimunan™ terutamanya basics tee -- sold out. 

Sepanjang tiga malam tersebut juga, banyak juga menampilkkan persempahan nyanyian daripada localband, demo lukisan dan jualan barangan raya. 



Booth Halimunan™ 




Antara pembeli terawal basics tee Halimunan™ .




Terima kepada Geng-geng Medievalco kerana sudi datang lepak kat booth Halimunan™ 
(pics. creadit to Zainalk)



Acara penutup yang sungguh meriah dengan percikan bunga api.


Pada kesempatan ini kami daripada Halimunan™ mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat pihak penganjur Pasa Tapok kerana telah menjemput Halimunan™ untuk mengambil bahagian dalam event yang awesome ini. kami juga ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada customer-customer kami yang sudi hadir dan membeli produk-produk Halimunan™, korang memang best -- terima kasih bebanyak.

Tidak lupa juga buat vendor-vendor lain serta penggiat seni yang bersama untuk menjayakkan event ini, kami ucapkan terima kasih. Pengalaman berjumpa dan beramah mesra dengan kalian merupakan satu pengalaman yang tersangat BEST buat kami.

Akhir kalam, kami daripada Halimunan™ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, semoga kita akan bertemu kembali pada event-event yang akan datang. Teruskan sokongan anda terhadap brands lokal. 


p/s: Untuk melihat lebih banyak lagi gambar sila ke Page PASA TAPOK 

No comments:

Post a Comment




Sunday, 27 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Selamat Hari Raya Aidifitri
1 Syawal 1435H

Kami warga Halimunan™ mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf zahir dan batin buat semua ahli keluarga kami, sanak-saudara, sahabat handai serta #halimunanator yang kami hormati sekalian. Semoga ibadah serta amal kebaikan kita sepanjang bulan Ramadan diterima oleh Ilahi serta konsisten pada bulan-bulan yang lain. Bagi pihak Halimunan™ sekali lagi kami mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan terima kasih.

No comments:

Post a Comment




Wednesday, 9 July 2014

Follow Us On Instagram



Jom.. Follow!!!


Kepada semua halimunanator yang mempunyai akaun instagram tu... jangan lupa follow kami http://instagram.com/halimunanclothing ... Jom support Lokal. /// HALIMUNAN /// PRIDE X RSPCT.

Friday, 27 June 2014


Selamat Meraikan Bulan Ramadan


Sempena tibanya bulan Ramadan 1435H, kami warga krew Halimunan Clothing mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam tak kira di mana juga anda berada. Semoga kehadiran Ramadan kali ini dapat kita manfaatkan bersama untuk memperkasakan lagi amal ibadah kita. Jadikan Ramadan pada tahun ini penuh makna dalam hidup kita.

Akhir khalam, --
puasa tau... jangan tak puasa.. hehehe

No comments:

Post a Comment