Monday 28 July 2014

PASA TAPOK NANG HAPPENING!



Syukur event Pasa Tapok yang berlangsung selama tiga iaitu pada 24-26 Julai di Emillies Diner, Kuching -- sangat awesome dan happening.

Kami daripada Halimunan™ sangat berpuas hati dengan mutu penganjuran event ni. Layanan yang sangat bagus daripada pihak penganjur terhadap vendor-vendor membuatkan perjalanan program berlansung dengan lancar.

Kehadiran para pengunjung memang diluar jangkaan. Kami di booth Halimunan™  sendiri dikunjungi begitu ramai para peminat pakaian lokal. Sehinggakan banyak koleksi baju rekaan Halimunan™ terutamanya basics tee -- sold out. 

Sepanjang tiga malam tersebut juga, banyak juga menampilkkan persempahan nyanyian daripada localband, demo lukisan dan jualan barangan raya. 



Booth Halimunan™ 




Antara pembeli terawal basics tee Halimunan™ .




Terima kepada Geng-geng Medievalco kerana sudi datang lepak kat booth Halimunan™ 
(pics. creadit to Zainalk)



Acara penutup yang sungguh meriah dengan percikan bunga api.


Pada kesempatan ini kami daripada Halimunan™ mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat pihak penganjur Pasa Tapok kerana telah menjemput Halimunan™ untuk mengambil bahagian dalam event yang awesome ini. kami juga ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada customer-customer kami yang sudi hadir dan membeli produk-produk Halimunan™, korang memang best -- terima kasih bebanyak.

Tidak lupa juga buat vendor-vendor lain serta penggiat seni yang bersama untuk menjayakkan event ini, kami ucapkan terima kasih. Pengalaman berjumpa dan beramah mesra dengan kalian merupakan satu pengalaman yang tersangat BEST buat kami.

Akhir kalam, kami daripada Halimunan™ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, semoga kita akan bertemu kembali pada event-event yang akan datang. Teruskan sokongan anda terhadap brands lokal. 


p/s: Untuk melihat lebih banyak lagi gambar sila ke Page PASA TAPOK 

No comments:

Post a Comment