Wednesday 31 December 2014

HAPPY NEW YEAR 2015 TROOPER


HAPPY NEW YEAR 2015 TROOPER... 

Terima kasih kerana telah menyokong Halimunan Clothing selama ini. Untuk tahun 2015 kami di Halimunan Clothing ada banyak perancangan bagi memperkasakan lagi kualiti produk serta beberapa projek kaloborasi yang masih dalam perbincangan dan akan dilaksanakan secara berperingkat pada tahun baru ini. Teruskan sokongan anda bersama kami, Halimunan Clothing akan tampil dengan produk-produk serta design yang lebih agreasif dan berkualiti. Selamat menyambut tahun baru dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua trooper. 

 PRIDE X RSPCT

Monday 8 December 2014

Karnival Bakat Remaja Rakan Muda 2014




Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkah aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sempena Karnival Bakat Remaja Rakan Muda 2014. Pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya street soccer (bawah 15 tahun), Fifa 15 PS3 Challenge, senanrobik, zumba, persembahan nyanyian, pertandingan karaoke, autoshow dan banyak lagi. 

Karnival akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 13-14 Disember 2014. Bertempat di Perkarangan Stadium Sarawak, Kuching. Segala perkembangan aktiviti akan ada live update oleh blogger-blogger Y-Centre Sarawak dan di Facebook Y-Centre Sarawak.

Datang, jangan tak datang. :)