ABOUT

Friday, 18 July 2014

Halimunan™




LOGO RASMI HALIMUNAN CLOTHING


Halimunan Clothing atau sebelum ini dikenali sebagai Halimunan Studeo telah ditubuhkan pada 17 Jun 2013. Bergerak sebagai penggiat grafik dan clothing indiependent sepenuh masa. Markas kami adalah di Kuching, Sarawak, dan kami mempunyai follower yang kami gelar sebagai "Halimunanator" di seluruh Malaysia. 

Setelah setahun penubuhan Halimunan Clothing, alhamdulillah brand kami mampu diterima oleh peminat pakaian jenama lokal. Untuk bertahan dalam tempoh setahun itupun bukanlah senang bagi kami terutamanya untuk bersaing dengan jenama-jenama lokal yang lain. 

Kami juga pernah merasa kesukaran terutamanya dari segi mengumpul sumber kewangan untuk mencetak pakaian serta merchandiseHalimunan Clothing. Terus terang kami tiada sumber bantuan lain melainkan berkerja keras untuk mencari kewangan sendiri bagi mencetak produk-produk kami. 

Syukur, kerana penat lelah kami dihargai dengan adanya sokongan dan kepercayaan daripada Halimunanator yang sentiasa menanti akan kemunculan produk kami. 

Halimunan Clothing sentiasa mengambil berat tentang kualiti setiap produk kami. Hal ini kerana kepuasan untuk pelanggan kami adalah sangat penting. Setiap feedback dan respon para pelanggan terhadap penambahbaikan untuk produk Halimunan Clothing akan sentiasa kami beri perhatian.

Jutaan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada anda yang tidak pernah putus menyokong perjuangan kami. InsyaAllah dengan doa serta sokongan anda, Halimunan Clothing akan terus berkembang setara dengan jenama-jenama pakaian yang lain.



Terima kasih,

Kai Kasim
(FOUNDER/CEO/HEAD DESIGNER OF Halimunan™)




No comments:

Post a Comment